0 Items in your cart – View Cart

Welcome Guest. Register to sign in

Sign In New User Forgot Password

About Us

Assalamualaikum & salam perkenalan.

Kami dari www.koleksisetem.com ingin menawarkan setem pelbagai negara kepada peminat-peminat setem di seluruh negara. Kami hanya mengutamakan setem yang original. Sememangnya kami bermula sebagai pengumpul setem sejak di bangku sekolah rendah. Kami juga pernah menjual setem secara suka-suka kepada kawan-kawan di sekolah rendah. Kami menyedari sekarang ini agak sukar untuk mendapatkan setem terutamanya dari pelbagai negara. Kalau ada pun harganya agak mahal. Tema juga kini sesiapa sahaja boleh mengumpul setem. Ibubapa juga digalakkan membeli setem untuk anak-anak. Inaya suatu hobi yang menarik dan boleh diwarisi turun temurun. Kami juga banyak belajar terutamanya geografi dan sejarah melalui setem.

Harga setem yang kami tawarkan adalah bergantung kepada stok setem setiap negara. Ada sesetengah negara senang mendapatkan setem dalam kuantiti yang banyak maka harganya agak rendah dan begitulah sebaliknya.

Untuk pembelian dari RM1 ke RM10 kami tidak mengenakan sebarang caj penghantaran dan kami akan menggunakan perkhidmatan pos biasa. Untuk pembelian RM10 ke atas kami akan menggunakan kemudahan  pos express demi memendekkan masa penghantaran dan mengurangkan risiko kehilangan.  Pihak kami telah menyediakan banyak sampul surat pos express untuk pengeposan segera. Kami juga boleh menguruskan penghantaran ke seluruh dunia (kecuali ke negara yang tidak diluluskan pihak POS Malaysia).

Untuk membeli setem, anda sebaiknya mendaftar sebagai pelanggan terlebih dahulu secara klik 'New User'. Walaubagaimanapun pihak kami tetap menerima sebarang pembelian melalui e-mail atau SMS sebagaimana pembelian di website www.mudah.my/ahalimismail ataupun www.meniaga.com. Anda juga boleh menggabungkan item dari website tersebut dengan item dari website www.koleksisetem.com.

Kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih di atas sokongan padu pelanggan-pelanggan kami di website lain dan juga selamat datang kepada bakal pelanggan baru.

Jika anda ada sebarang permintaan khas atau sebarang komen boleh SMS kepada 012-6630 530 atau 019-2902717 atau email ke ahbispuchong@yahoo.com. Sebagai contohnya pihak kami pernah mendapatkan koleksi setem-setem Lady Diana untuk pelanggan kami jadikan hadiah harijadi kepada ibunya

Sekian, terima kasih

A. HALIM ISMAIL
Administrator
15-Feb-2010

Testimoni

1) Salam Encik Halim,

 Terima kasih atas balasan email.  Saya harap En Halim boleh simpankan setem-setem yang saya highligted sebab saya akan buat pembayaran hujung bulan menerusi account maybank like last month.  Saya adalah beginner dalam mengumpul stem, dulu di sekolah rendah arwah atuk saya yang mengumpul setem jadi saya ikut minat tapi dah lama ditinggalkan. Kalau Encik Halim boleh buat ruangan penjagaan setem dan tools that we should have as a stamp collector in your website it would benefit the readers and make more money if u could supply those tools (well at least it will generate more interest towards readers to purchase more stamps from you!)

:  Azliza 22/4/10